Wednesday, January 26, 2011

Kedai peralat pelajar tahfiz jual barang diserbu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar negeri ini dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi semalam.
Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak terbabit yang mengutip derma dan menjual barangan.

“Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

“Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan,” katanya.

1 comment:

  1. Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku dan dibiarkan. Anak-anak yang tiada tempat berlindung patut diberi pembelaan yang sewajarnya, bukan dikerah peringat mereka sedemikian rupa.

    ReplyDelete