Sunday, February 19, 2012

Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula

KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat

Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat


Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.


"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau

Tuesday, July 5, 2011

DEMO JALANAN BERSIH DIBATAL : ANALISA

Analisa, kesimpulannya.
1. Bersih menghormati arahan dan nasihat YDP Agong, paksa atau rela itu terserah.
2. Mengelak pertembungan dengan agen-agen pengacau sebenar, semua dah maklum. Mereka sudah bersedia untuk buat apa sahaja sebab media perdana boleh tukar cerita sekelip mata.
3. Lagi ramai dapat datang sebab perhimpunan sah dan polis patut tak boleh kacau
4. Kerajaan pimpinan Najib sudah mengalah dan dia patut undur dari jadi PM sebab tak mampu urus sendiri kemelut yang berlaku.
5. Rata-rata rakyat Malaysia sudah selesa dengan apa yang kita ada sekarang, semua tak mahu kehilangan nikmat kehidupan sekarang.
6. Rata-rata rakyat kita dilanda sindrom takut kepada penguasa, yang paling ketara ialah kalangan cerdik-pandai dan golongan berpangkat.
7. Polis tetap gagah pertahan kerajaan BN sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Monday, March 14, 2011

KETAHUI BAHAN PEMBUATAN BOTOL PLASTIK MELALUI KOD

Tahukah anda kod pada botol-botol plastik? Di sini antara beberapa info yang perlu anda tahu:

[1] PETE atau PET.
Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/transparent/seperti botol air mineral, botol jus dan lain-lain. BOTOL JENIS PET/PETE ini perlu digunakan HANYA SEKALI sahajaI. Penggunaan kerap terutama untuk menyimpan air panas mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik (yang menyebabkan kanser) dalam jangka panjang.
[2] HDPE.
Digunakan untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Botol plastik jenis HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga perlu digunakan hanya untuk sekali sahaja kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat terhadap masa.
[3] PVC atau V.
V bermaksud PVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling rumit. Ini biasa dijumpai pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
[4] LDPE.
Digunakan untuk tempat makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembut. Sifat mekanisma jenis LDPE ini adalah kuat, tembus pandang, fleksibel dan permukaan agak berlemak, pada suhu 60 darjah celsius sangat resisten terhadap reaksi kimia, daya perlindungan terhadap wap air adalah baik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan kerana sulit bereaksi secara kimia dengan makanan yang diperbuat dengan bahan ini.
[5] PP.
Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak dan stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan paling penting untuk botol minuman bayi. Carilah dengan kode angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman.
[6] PS.
Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga biasa diperolehi dari asap rokok, asap kendaraan dan seumpamanya. Bahan ini harus dielakkan kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan masalah reproduksi, dan pertumbuhan dan sistem saraf, juga kerana bahan ini sukar dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses kitar semula yang sangat panjang dan lama.
[7] OTHER.
Untuk jenis plastik 7, Other mempunyai 4 jenis, iaitu :
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene
3. PC – polycarbonate
4. Nylon
Boleh diperolehi daripada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, alat-alat rumah tangga, komputer, alat-alat elektronik, dan bekas plastik.
SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan kekerasan yang telah ditingkatkan. SAN biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makanan, dan berus gigi, manakala ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego. Merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman.
PC – atau nama Polycarbonate dapat diperolehi pada botol susu bayi, botol minum berkarbonat, dan bekas makanan dan minuman, termasuk bekas susu tepung.
Apapun, gunakan bekas plastik yang terbaik walaupun agak mahal kerana ia bagus untuk mengelakkan penyakit.

Monday, January 31, 2011

Pengislaman Prof. Dr. Maurice Bucaille

ada pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.


Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”


Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Wednesday, January 26, 2011

Kenangan Rosmah Di Istana Raja Oman

Kenangan Rosmah Di Istana Raja Oman

LAWATAN isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Oman baru-baru ini diktirik hebat oleh pembangkang. Ada pihak yang bertanya berapa banyak perbelanjaan untuk lawatan berkenaan. Lawatan itu bukan Rosmah seorang saja tetapi diikuti oleh isteri-isteri menteri. Isteri menteri yang dikatakan bermukah dengan amah juga ikut sama.

Rosmah sudah menjawab mengenai hal itu. Kalau baca surat khabar arus perdana hari ini ada jawaban Rosmah mengenai kritikan itu. Sedap dan ralik juga mendengar jawaban Rosmah. Simple saja. Ada humour sikit dan nampak sedikit akan kehebatannya.

Katanya semua perbelanjaan lawatan itu dibiayai oleh istana Oman. Katanya mulanya lawatan itu dijemput oleh menteri Sosial negara berkenaan, tetapi bila diketahui raja, maka raja menawarkan untuk tanggung semua kos dan mengurus semunya aktiviti lawatan itu. Perbelanjaan termasuk minyak kapal terbang dan penginapan di tanggung oleh Raja Oman. Hebat Rosmah.

Katanya suaminya Najib ada bertanya mengenai hal itu, jawabnya tak tahulah tetapi katanya dia dan rombongan diberikan status lawatan di Raja. Untuk apa Najib bertanya Rosmah begitu? Mungkin Najib bimbang kalau Rosmah diberi status lawatan negara dan dilayan oleh Raja Oman, ia boleh menimbulkan masalah dan dijadikan isu dalam negara.

Mungkin Najib berhajat untuk menghalang Rosmah menerima pelawaan Raja Oman itu? Mungkin begitu. Tetapi umum sudah tahu siapalah Rosmah kepada Najib maka Najib akan ikut saja. Sekadar bertanya saja dan keputusan di tangan Rosmah. Hitam kata Rosmah maka ia tidak boleh dilihat putih atau kelabu lagi oleh Najib.

Negara bernasib baik kerana tidak kena mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk lawatan itu. Oman telah menyelamatkan negara ini. Tetapi molek juga kalau Rosmah dan anggota rombongannya membuat anggaran berapa banyak kos yang ditanggung oleh Raja Oman itu. Setidak-tidaknya rakyat semua tahu berapa nilai isteri perdana menteri di mata Raja Arab yang kaya raya berkenaan?

Ingat istana Raja Oman juga ada berbagai jenis. Semuanya dipanggil istana. Untuk musafir juga istana, untuk pembesar negara juga istana. Untuk gundi juga istana. Jadi Rosmah dan rombongan itu ditempatkan di istana kelas apa? Kalau hanya kelas kandang unta tidak ada apa yang hendak dibanggakan.

Seperkara lagi mungkin tidak mudah untuk orang mempercayai Raja Oman begitu bermurah hati mengajak Rosmah ke istananya. Apa hubungan mereka berdua sebelum ini. Malaysia pun tidak begitu banyak jasa dengan Oman. Tidakkah pelawaan itu atas kehendak Rosmah atau sudah ada broker mengaturnya. Tentu sebagai wanita pertama Rosmah mahu dia mendapat laynan di raja itu sebab boleh ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Kemungkinan ini ada.

Orang yang waras tiak mudah menerima penjelasan Rosmah bahawa tajaan atau tanggungan kos lawatan oleh raja Oman itu semudah itu saja. Tentu ia ada kontra-kontra lain lagi. Kita tahu orang Arab bukan mudah untuk berbudi. Agak-agaknya apakah yang telah Rosmah berikan kepada raja Arab berkenaan? Dan sampai bilakah Rosmah akan mengingati kenangan di israna Raja Oman itu?

Kedai peralat pelajar tahfiz jual barang diserbu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar negeri ini dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi semalam.
Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak terbabit yang mengutip derma dan menjual barangan.

“Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

“Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan,” katanya.